Skip to content
Wetland
Putrajaya
Pusat Rekreasi Air Floria Putrajaya logo

Floria

Kayak di bawah jambatan, berlatarkan bangunan ikonik Putrajaya.

  • Dari RM10
  • Bot kayuh angsa
  • Kayak dan SUP
  • Memancing dari tebing
  • Pemandangan bandar

Kayak, bot kayuh, SUP dan memancing di Tasik Putrajaya, Presint 4, bersebelahan tapak Floria Putrajaya.

Pusat Rekreasi Air Floria menawarkan kayak, bot kayuh angsa dan stand-up paddle di Tasik Putrajaya, Presint 4, dengan pemandangan jambatan dan bangunan ikonik. Kaki pancing boleh sewa joran dan memancing dari tebing sepanjang hari.

Kemudahan

  • Jaket keselamatan disediakan

Harga 2026–2027

Aktiviti air

AktivitiHari biasaHujung minggu
Kayak single1 orang, 1 jam, Had umur 13 tahunRM10RM15
Kayak doubleBerkongsi, ditemani orang dewasa, 1 jam, Had umur 7 tahunRM15RM20
Bot kayuhMaksimum 4 orang, sekurang-kurangnya 1 dewasa, 30 minit, Had umur 2 tahunRM25RM30
Stand-up paddle (SUP)Papan touring, 1 orang, 1 jam, Had umur 13 tahunRM10RM15

Memancing

AktivitiHari biasaHujung minggu
Joran teleskopikSehariRM10RM15
Joran mesinSehariRM20RM25

Harga dalam RM, tiada SST. Cuti umum ikut harga hujung minggu. Tiket terakhir: kayak dan SUP 5 petang, bot kayuh 5.30 petang. Jangan melepasi pelampung, dan memancing hanya dalam kawasan yang ditanda. Belum cukup umur? Tunjukkan bukti pengalaman, dan pengurus operasi kami akan sahkan.

Arah ke sini