Skip to content
Wetland
Putrajaya

Team building

Satu rakit, satu pasukan. Program sehari dari RM50 seorang, atau bermalam di GL@W.

Kami jalankan team building di tasik, denai wetland dan tapak glamping kami sendiri, jadi satu pasukan uruskan semuanya, dari taklimat pertama sampai sijil.

Program sehari untuk 20 hingga 200 orang. Program bermalam di GL@W untuk 20 hingga 81 orang, termasuk khemah glamping (2 katil queen, 4 orang sekhemah), bufet dan insurans sehingga RM10,000. Agensi kerajaan boleh tempah dengan LO/PO.

Kenapa pilih kami

Lokasi sendiri
Tasik, wetland dan glamping, semuanya di Putrajaya.
Keselamatan diutamakan
Dikendalikan di bawah sistem keselamatan pelancongan pengembaraan ISO 21101.
Makanan halal
Premis mesra Muslim (MS 2610), dengan surau di setiap lokasi.

Pilihan program

Program sehari

  • Fun Starter

    20–200 orang

    Separuh hari atau sehari RM50 seorang (harga biasa RM98), makanan berasingan

    Aktiviti anda sendiri di tapak kami: kami kendalikan ice-breaking dan taklimat keselamatan, selebihnya masa anda.

    • Ice-breaking dan taklimat keselamatan
    • Aktiviti anjuran sendiri
  • Spirit Challenge

    20–200 orang

    Separuh hari RM158 · sehari RM226 seorang (harga biasa RM188 / RM256), makanan berasingan

    Telematch: 4–6 permainan berpasukan, atau dua sesi 4–5 permainan untuk program sehari.

    • Ice-breaking dan taklimat keselamatan
    • Permainan telematch
  • Action Explorer

    20–200 orang

    Separuh hari RM178 · sehari RM246 seorang (harga biasa RM198 / RM266), makanan berasingan

    Explorace dengan 4–6 checkpoint; program sehari ditambah telematch. Treasure hunt atau scavenger hunt atas permintaan.

    • Ice-breaking dan taklimat keselamatan
    • Explorace dan sesi debrief
  • Extreme Adventure

    Minimum 20 orang

    Separuh hari RM228 · sehari RM266 seorang (harga biasa RM248 / RM286), makanan berasingan

    Separuh hari: empat high element Adventure Park dan ATV ride. Sehari: explorace dan cabaran kayak.

    • Taklimat dan peralatan keselamatan
    • Flying fox, abseiling, tembok panjat, leap of faith
  • Water & Adventure Quest

    20–200 orang

    Separuh hari RM178 · sehari RM226 seorang (harga biasa RM198 / RM266), makanan berasingan

    Separuh hari: cabaran kayak. Sehari: cabaran kayak, kemudian high element di Adventure Park.

    • Taklimat keselamatan dan jaket keselamatan
    • Cabaran kayak
  • Trail & Track Challenge

    Minimum 20 orang

    Sehari RM266 seorang (harga biasa RM286), makanan berasingan

    Sehari: explorace dengan 4–5 checkpoint waktu pagi, ATV ride waktu petang.

    • Explorace dan sesi debrief
    • ATV ride

2 hari 1 malam di GL@W

  • Full Force Teambuild (2D1N)

    20–81 orang

    RM424 seorang (harga biasa RM464)

    Dua sesi telematch pada hari pertama, kemudian BBQ dan unggun api. Hari kedua free and easy.

    • Khemah glamping, 2 katil queen, 4 orang sekhemah
    • 4 bufet: hi-tea, makan malam BBQ, sarapan, makan tengah hari
    • Unggun api
    • Insurans sehingga RM10,000
  • Challenge & Connect

    20–81 orang

    RM444 seorang (harga biasa RM474)

    Telematch waktu pagi, explorace waktu petang, BBQ dan unggun api waktu malam.

    • Khemah glamping, 2 katil queen, 4 orang sekhemah
    • 4 bufet: hi-tea, makan malam BBQ, sarapan, makan tengah hari
    • Unggun api
    • Insurans sehingga RM10,000
  • Race & Paddle Challenge

    20–81 orang

    RM464 seorang (harga biasa RM494)

    Explorace waktu pagi, cabaran kayak waktu petang, BBQ dan unggun api waktu malam.

    • Khemah glamping, 2 katil queen, 4 orang sekhemah
    • 4 bufet: hi-tea, makan malam BBQ, sarapan, makan tengah hari
    • Unggun api
    • Insurans sehingga RM10,000
  • Adrenaline Quest

    20–81 orang

    RM444 seorang (harga biasa RM474)

    Cabaran kayak waktu pagi, high element Adventure Park waktu petang, BBQ dan unggun api waktu malam.

    • Khemah glamping, 2 katil queen, 4 orang sekhemah
    • 4 bufet: hi-tea, makan malam BBQ, sarapan, makan tengah hari
    • Unggun api
    • Insurans sehingga RM10,000

3 hari 2 malam di GL@W

  • Full Adrenaline Rush

    20–81 orang

    RM798 seorang (harga biasa RM860)

    Cabaran kayak dan telematch pada hari pertama, ATV Adventure Ride dan high element pada hari kedua, hari ketiga free and easy.

    • Khemah glamping, 2 katil queen, 4 orang sekhemah
    • 8 bufet: 2 hi-tea, 2 makan malam BBQ, 2 sarapan, 2 makan tengah hari
    • Unggun api
    • Insurans sehingga RM10,000
  • Full Force Teambuild (3D2N)

    20–81 orang

    RM698 seorang (harga biasa RM752)

    Check-in dan ATV Adventure Ride pada hari pertama, explorace dan high element pada hari kedua, hari ketiga free and easy.

    • Khemah glamping, 2 katil queen, 4 orang sekhemah
    • 8 bufet: 2 hi-tea, 2 makan malam BBQ, 2 sarapan, 2 makan tengah hari
    • Unggun api
    • Insurans sehingga RM10,000

Dapatkan sebut harga

Kami balas dalam 1–2 hari bekerja. Untuk jawapan segera, WhatsApp kami.

Jualan Korporat: +60 18-701 8557
gctputrajaya@gmail.com

Soalan lazim

Berapa kos team building?

Program sehari dari RM50 seorang, makanan boleh ditambah: sarapan RM10, makan tengah hari RM15, hi-tea RM10 (bufet atas permintaan). Bermalam di GL@W: 2 hari 1 malam dari RM424 dan 3 hari 2 malam dari RM698 seorang, termasuk khemah, bufet dan insurans. Hantar borang, kami akan sahkan tarikh dan sebut harga akhir.

Boleh guna LO atau PO kerajaan?

Boleh, melalui ePerolehan dan LO/PO. Tak perlu deposit; khemah ditempah selepas LO/PO dikeluarkan, sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tiba. Untuk kunci tarikh lebih awal, bayar deposit RM1,000 yang dipulangkan selepas LO/PO dijelaskan. Caj pengurusan dan pemprosesan 10% dikenakan.

Berapa deposit untuk syarikat?

Jumlah melebihi RM10,000: 30% semasa pengesahan, baki 70% 14 hari sebelum tiba. Bawah RM10,000: 50% dahulu, 50% kemudian. Tempahan dalam tempoh 14 hari sebelum tiba perlu dibayar penuh.

Macam mana kalau kami nak batal atau ubah?

Maklumkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tiba. Tarikh, bilangan peserta dan aktiviti tidak boleh diubah dalam tempoh 14 hari. Bayaran balik dikenakan caj 10% daripada jumlah keseluruhan; tiada bayaran balik jika batal dalam tempoh 14 hari.

Macam mana kalau hujan?

Kami ada modul dalam dewan dan di bawah teduhan. Aktiviti air akan dijadualkan semula demi keselamatan.