Skip to content
Wetland
Putrajaya

Program sekolah

Kelas tanpa dinding, di tapak demonstrasi ekohidrologi UNESCO.

Lawatan pendidikan dan program cuti sekolah untuk murid sekolah rendah dan menengah. Murid belajar tentang ekosistem wetland, keselamatan air dan kemahiran asas luar dengan cara buat sendiri.

Kenapa pilih kami

Belajar sambil buat
Setiap modul ada aktiviti praktikal di luar.
Kumpulan kecil setiap jurulatih
Jurulatih kami terlatih dalam pertolongan cemas.
Ikut takwim KPM
Program cuti sekolah dirancang mengikut takwim KPM.

Pilihan program

  • Pertolongan cemas asas

    CPR asas, cara membalut luka dan apa perlu dibuat bila berlaku kecemasan di luar.

    • Sijil penyertaan
  • Asas perkhemahan

    Pasang khemah, masak di luar dan tidur di bawah bintang, dengan selamat.

    • Peralatan perkhemahan disediakan
  • Orienteering & navigasi

    Baca peta dan kompas, kemudian cari checkpoint di sekitar tasik.

    • Peta dan kompas
  • Lawatan pendidikan wetland

    Lawatan berpandu tentang bagaimana wetland membersihkan air Tasik Putrajaya, diikuti sesi kayak.

    • Jurupandu dan jaket keselamatan
  • High element di Adventure Park

    RM68 seorang murid (harga biasa RM88)

    Flying fox, leap of faith, abseiling dan tembok panjat pada harga pakej sekolah. Dibuka Sabtu, Ahad dan cuti umum.

    • Taklimat dan peralatan keselamatan
    • Umur 10 tahun ke atas, berat 30–110kg

Dapatkan sebut harga

Kami balas dalam 1–2 hari bekerja. Untuk jawapan segera, WhatsApp kami.

Jualan Korporat: +60 18-701 8557
gctputrajaya@gmail.com

Soalan lazim

Umur berapa yang sesuai?

Kami sesuaikan modul untuk murid 7 hingga 17 tahun.

Ibu bapa perlu tandatangan apa-apa borang?

Ya, borang kebenaran dan pelepasan liabiliti untuk aktiviti air. Kami hantar borang ini selepas tempahan disahkan.