Skip to content
Wetland
Putrajaya
GL@W Glamping Wetland Putrajaya
Presint 13, Taman Wetland

Campsite @ GL@W Putrajaya: Bawa khemah sendiri, bermalam di Taman Wetland.

Tapak khemah di sebelah GL@W, setiap satu ada tempat unggun api dan plug point. Bawa khemah sendiri atau sewa khemah teepee dan khemah Camel kami.

Tapak dari RM60 semalam · +8% SST

Campsite @ GL@W ialah cara paling jimat untuk bermalam di Taman Wetland Putrajaya. Setiap tapak muat sehingga 5 orang, lengkap dengan bangku kayu, tempat unggun api dan plug point.

Blok tandas dan bilik mandi, surau, dewan terbuka dan kolam Oasis semuanya dekat. Tempah melalui WhatsApp.

  • Tempat unggun api dan plug point di setiap tapak
  • Tandas dan bilik mandi
  • Surau
  • Kolam Oasis dan trampolin
  • Sewa basikal (RM5 untuk 3 jam)
  • Parking percuma

Check-in 2 petang · Check-out 12 tengah hari

Harga

Semua harga tertakluk kepada 8% SST. Hari biasa = malam Ahad hingga Khamis, hujung minggu = malam Jumaat dan Sabtu.

Tapak khemah (2 hari 1 malam)

Tapak khemah (2 hari 1 malam)Hari biasaHujung minggu
Tapak khemahSehingga 5 orang · setiap tapakRM60RM80

Sewa khemah & peralatan

Sewa khemah & peralatanHari biasaHujung minggu
Khemah teepeeSehingga 3 orang · setiap khemahRM45RM45
Khemah CamelSehingga 5 orang · setiap khemahRM110RM110
Dome shelter (4m × 4m × 2.3m)setiap unitRM65RM65
Kerusi lipatsetiap unitRM10RM10

Info penting

Check-in & check-out
Check-in dari 2 petang. Check-out sebelum 12 tengah hari. Late check-out dikenakan RM50.
Deposit
Deposit keselamatan RM50 tunai setiap tapak semasa check-in, dipulangkan semasa check-out.
Batal atau tukar tarikh
Mesti dibuat 7 hingga 14 hari sebelum tiba; caj pembatalan mungkin dikenakan. Bayaran balik dikenakan caj 10%, dan tiada bayaran balik jika batal kurang 7 hari sebelum tiba.
Tempat mesra Muslim
Alkohol, makanan tidak halal, dadah, rokok dan vape dilarang sama sekali (kompaun sehingga RM3,000).

Nak tidur atas katil, dalam khemah berhawa dingin?

Lihat khemah glamping
WhatsApp untuk tempah tapak